Skip to content


Latar Balakang

LATAR BELAKANG
LANGKAWI AUTISM CARE CENTRE (LACC)

Langkawi Autism Care Centre (LACC) diasaskan oleh Puan Mastura Mutalib, seorang ibu kepada anak
istimewa dan usahawan berdedikasi dengan latar pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Awal
Kanak-kanak. Sebagai individu yang memahami secara langsung cabaran yang dihadapi oleh keluarga
dengan anak autisme, beliau mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah pusat sokongan khas yang
memberi fokus kepada intervensi pendidikan dan perkembangan kanak-kanak autisme di Langkawi.
Kesedaran mendalam beliau terhadap keperluan masyarakat tempatan telah membawa kepada penubuhan
LACC pada 5 Disember 2019 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memberi
peluang kepada semua keluarga, terutama golongan B40 melalui yuran yang berpatutan dan bantuan
kewangan apabila diperlukan.
Di bawah kepimpinan Puan Mastura, LACC bukan sekadar sebuah pusat pendidikan tetapi sebuah komuniti
sokongan yang menghubungkan keluarga-keluarga, membina kesedaran autisme serta menyediakan
persekitaran kondusif untuk setiap kanak-kanak berkembang mengikut potensi mereka. Sifat keprihatinan
beliau turut mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak dan sokongan daripada organisasi seperti
Yayasan Waqaf Malaysia yang telah menyumbang untuk memperkasakan program terapi dan alat sokongan
bagi anak-anak istimewa di pusat ini.
Bagi memastikan kelangsungan operasi pusat, Langkawi Autism Care Centre (LACC) melaksanakan pelbagai
inisiatif kelestarian melalui pencarian dana bersama Persatuan Autisme Langkawi (PAL), sumbangan komuniti
serta kerjasama strategik. Lebihan yuran yang diterima disalurkan sepenuhnya untuk menampung kos operasi
dan penyelenggaraan pusat. Selain itu, LACC turut menjalankan aktiviti penjanaan dana secara berdikari
seperti jualan cenderamata, perkhidmatan fotografi serta usahasama Razmasby dan LACC melalui jualan
amal takoyaki di Pantai Chenang. Usaha ini membantu menampung kos operasi harian dan memastikan
kesinambungan perkhidmatan kepada pelajar.

cropped-Logo-Lacc-icon.png
Jigsaw teamwork concept macro shot

VISI

Mendidik serta memupuk anak-anak autisme yang produktif serta dapat menyumbang kepada masyarakat.

MISI

  • Menyediakan intervensi awal dan
    pendidikan bagi mengembangkan
    potensi anak-anak autisme
  • Membina kumpulan masyarakat yang
    mempunyai kesedaran mengenai autisme
  • Mewujudkan peluang kepada anak-anak
    autisme untuk mendapatkan tempat di mata
    masyarakat
Little child sitting on the floor. Pretty boy palying with wooden cubes at home
Group of kids friend laughing together

PERANCANGAN MASA DEPAN

  • Menyediakan khidmat Terapi Pertuturan
  • Merancang untuk mengambil guru untuk kelas Pra Vokasional dan Vokasional
  • Menyediakan kursus dan bengkel kepada guru bagi meningkatkan kemahiran dan juga pengetahuan
  • Menyediakan Kafe Autisme untuk pelajar Pre Vokasional dan juga Vokasional
  • Merancang untuk menyediakan taman permainan, gimnasium dan bilik sensori kepada kanak-kanak autistik
  • Early Autism Project (EAP) akan melakukan pemerhatian dan juga memberi peluang pelajar autisme mendapat tempat di dalam masyarakat
  • Membantu pelajar untuk belajar di sekolah kerajaan dan juga peluang untuk mendapat tempat di dalam masyarakat
  • Menyediakan kelas muzik dan juga sukarelawan untuk mengajar piano
  • Bekerjasama dengan pihak hospital untuk mendapatkan sukarelawan dan juga program bersama
  • Bekerjasama dengan pihak Akademi INSANI, Selayang, Selangor