Apa itu Autism?
Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) ialah satu keadaan perkembangan neurologi kompleks yang memberi
kesan kepada cara otak berfungsi, terutamanya dalam aspek interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku. Ia
merangkumi pelbagai peringkat dan bentuk, dari yang ringan hingga yang memerlukan sokongan sepanjang hayat.
Autisme merupakan spektrum kerana setiap individu menunjukkan keperluan dan kebolehan yang berbeza-beda.