Skip to content

Latar Belakang


LATAR BELAKANG

LANGKAWI AUTISM CARE CENTRE (LACC)

Langkawi Autism Care Centre (LACC) diasaskan oleh Puan Mastura Mutalib, seorang ibu kepada anak istimewa dan usahawan berdedikasi dengan latar pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sebagai individu yang memahami secara langsung cabaran yang dihadapi oleh keluarga dengan anak autisme, beliau mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah pusat sokongan khas yang memberi fokus kepada intervensi pendidikan dan perkembangan kanak-kanak autisme di Langkawi. Kesedaran mendalam beliau terhadap keperluan masyarakat tempatan telah membawa kepada penubuhan LACC pada 5 Disember 2019 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memberi peluang kepada semua keluarga, terutama golongan B40 melalui yuran yang berpatutan dan bantuan kewangan apabila diperlukan. Di bawah kepimpinan Puan Mastura, LACC bukan sekadar sebuah pusat pendidikan tetapi sebuah komuniti sokongan yang menghubungkan keluarga-keluarga, membina kesedaran autisme serta menyediakan persekitaran kondusif untuk setiap kanak-kanak berkembang mengikut potensi mereka. Sifat keprihatinan beliau turut mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak dan sokongan daripada organisasi seperti Yayasan Waqaf Malaysia yang telah menyumbang untuk memperkasakan program terapi dan alat sokongan bagi anak-anak istimewa di pusat ini. Bagi memastikan kelangsungan operasi pusat, LangkawiAutism Care Centre (LACC) melaksanakan pelbagai inisiatif kelestarian melalui pencarian dana bersama Persatuan Autisme Langkawi (PAL), sumbangan komuniti serta kerjasama strategik. Lebihan yuran yang diterima disalurkan sepenuhnya untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan pusat. Selain itu, LACC turut menjalankan aktiviti penjanaan dana secara berdikari seperti jualan cenderamata, perkhidmatan fotografi serta usahasama Razmasby dan LACC melalui jualan amal takoyaki di Pantai Chenang. Usaha ini membantu menampung kos operasi harian dan memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada pelajar

 

VISI

Menjadi pusat penjagaan autisme yang terunggul di Langkawi, dikenali atas komitmen terhadap kecemerlangan, keprihatinan dan penglibatan komuniti. Menjadi pusat rujukan bersepadu dalam penyediaan intervensi awal, pendidikan dan latihan vokasional bagi kanak-kanak serta remaja autisme dan masalah pembelajaran, ke arah melahirkan individu yang berdikari, berkemahiran, bersedia untuk alam pekerjaan serta diterima dalam masyarakat, di samping memperluaskan manfaat perkhidmatan ke peringkat daerah dan komuniti yang lebih luas.

 

MISI

  • Menyediakan intervensi awal dan pendidikan bagi mengembangkan potensi anak-anak autisme
  • Membina kumpulan masyarakat yang mempunyai kesedaran mengenai autisme
  • Mewujudkan peluang kepada anak-anak autisme untuk mendapatkan tempat di mata masyarakat
 
PERANCANGAN MASA DEPAN
  • Menyediakan khidmat Terapi Pertuturan
  • Merancang untuk mengambil guru untuk kelas Pra Vokasional dan Vokasional
  • Menyediakan kursus dan bengkel kepada guru bagi meningkatkan kemahiran dan juga pengetahuan
  • Menyediakan Kafe Autisme untuk pelajar Pre Vokasional dan juga Vokasional
  • Merancang untuk menyediakan taman permainan, gimnasium dan bilik sensori kepada kanak-kanak autistik
  • Early Autism Project (EAP) akan melakukan pemerhatian dan juga memberi peluang pelajar autisme mendapat tempat di dalam masyarakat
  • Membantu pelajar untuk belajar di sekolah kerajaan dan juga peluang untuk mendapat tempat di dalam masyarakat
  • Menyediakan kelas muzik dan juga sukarelawan untuk mengajar piano
  • Bekerjasama dengan pihak hospital untuk mendapatkan sukarelawan dan juga program bersama
  • Bekerjasama dengan pihak Akademi INSANI, Selayang, Selangor