Skip to content

LATAR BELAKANG
LANGKAWI AUTISM CARE CENTRE (LACC)

  • Langkawi Autism Care Centre ditubuhkan pada 5 Disember 2019 dan telah berkolaborasi bersama Persatuan Autisme Langkawi.
  • LACC ditubuhkan untuk menyediakan pendidikan seumur hidup kepada anak-anak autisme khas untuk penduduk Langkawi dan anak-anak Langkawi.
  • LACC merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan yang memberikan perkhidmatan intervensi awal kepada
    anak-anak autisme.
  • LACC juga menawarkan yuran yang rendah kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme serta membiayai yuran bagi
    pelajar dari keluarga B40 dan yang tidak berkemampuan.

cropped-Logo-Lacc-icon.png
Jigsaw teamwork concept macro shot

VISI

Mendidik serta memupuk anak-anak autisme yang produktif serta dapat menyumbang kepada masyarakat.

MISI

  • Menyediakan intervensi awal dan
    pendidikan bagi mengembangkan
    potensi anak-anak autisme
  • Membina kumpulan masyarakat yang
    mempunyai kesedaran mengenai autisme
  • Mewujudkan peluang kepada anak-anak
    autisme untuk mendapatkan tempat di mata
    masyarakat
Little child sitting on the floor. Pretty boy palying with wooden cubes at home
Group of kids friend laughing together

PERANCANGAN MASA DEPAN

  • Menyediakan khidmat Terapi Pertuturan
  • Merancang untuk mengambil guru untuk kelas Pra Vokasional dan Vokasional
  • Menyediakan kursus dan bengkel kepada guru bagi meningkatkan kemahiran dan juga pengetahuan
  • Menyediakan Kafe Autisme untuk pelajar Pre Vokasional dan juga Vokasional
  • Merancang untuk menyediakan taman permainan, gimnasium dan bilik sensori kepada kanak-kanak autistik
  • Early Autism Project (EAP) akan melakukan pemerhatian dan juga memberi peluang pelajar autisme mendapat tempat di dalam masyarakat
  • Membantu pelajar untuk belajar di sekolah kerajaan dan juga peluang untuk mendapat tempat di dalam masyarakat
  • Menyediakan kelas muzik dan juga sukarelawan untuk mengajar piano
  • Bekerjasama dengan pihak hospital untuk mendapatkan sukarelawan dan juga program bersama
  • Bekerjasama dengan pihak Akademi INSANI, Selayang, Selangor
Font Resize