Latar Balakang
LATAR BELAKANG
LANGKAWI AUTISM CARE CENTRE (LACC)
- Langkawi Autism Care Centre ditubuhkan pada 5 Disember 2019 dan telah berkolaborasi bersama Persatuan Autisme Langkawi.
- LACC ditubuhkan untuk menyediakan pendidikan seumur hidup kepada anak-anak autisme khas untuk penduduk Langkawi dan anak-anak Langkawi.
- LACC merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan yang memberikan perkhidmatan intervensi awal kepada
anak-anak autisme. - LACC juga menawarkan yuran yang rendah kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme serta membiayai yuran bagi
pelajar dari keluarga B40 dan yang tidak berkemampuan.
VISI
Mendidik serta memupuk anak-anak autisme yang produktif serta dapat menyumbang kepada masyarakat.
MISI
- Menyediakan intervensi awal dan
pendidikan bagi mengembangkan
potensi anak-anak autisme - Membina kumpulan masyarakat yang
mempunyai kesedaran mengenai autisme - Mewujudkan peluang kepada anak-anak
autisme untuk mendapatkan tempat di mata
masyarakat
PERANCANGAN MASA DEPAN
- Menyediakan khidmat Terapi Pertuturan
- Merancang untuk mengambil guru untuk kelas Pra Vokasional dan Vokasional
- Menyediakan kursus dan bengkel kepada guru bagi meningkatkan kemahiran dan juga pengetahuan
- Menyediakan Kafe Autisme untuk pelajar Pre Vokasional dan juga Vokasional
- Merancang untuk menyediakan taman permainan, gimnasium dan bilik sensori kepada kanak-kanak autistik
- Early Autism Project (EAP) akan melakukan pemerhatian dan juga memberi peluang pelajar autisme mendapat tempat di dalam masyarakat
- Membantu pelajar untuk belajar di sekolah kerajaan dan juga peluang untuk mendapat tempat di dalam masyarakat
- Menyediakan kelas muzik dan juga sukarelawan untuk mengajar piano
- Bekerjasama dengan pihak hospital untuk mendapatkan sukarelawan dan juga program bersama
- Bekerjasama dengan pihak Akademi INSANI, Selayang, Selangor